Wednesday, November 23, 2011

hati perasaan otak fikiran . fikirkan .



Hati
Perasaan
Otak
Fikiran





Kita semua punya hati. Punya perasaan. Punya otak yang mampu berfikir. Kadang aku terfikir. Kenapa kita kena ada perasaan? Kena ada pilihan? Kalau Allah jadikan kita macam malaikat kan senang. Confirm takdak yang mati bunuh diri, kena bunuh la, kena racun apa semua tu kan? Mesti dunia ni aman je. Tak adalah perang macam antara Israel dengan Iraq tu. Takdalah orang kebuluran kat Somalia tu. Tak ada. Mesti semua orang hidup dalam keadaan harmoni. Hanya memikirkan akan kepentingan Dia bukannya kepentingan diri sendiri.






Tapi itu semua kalau. Kalau yang tak mungkin terjadi. Dalam mimpi boleh la muncul sesekali.







Kita manusia bukan? Bukannya robot yang no feeling and tak boleh pilih apa yang dia nak. Yang hanya boleh ikut apa yang kita arahkan. Kita bukannya objek macam kertas yang hanya kaku tak bernyawa. Ataupun pokok yang hanya mampu berdiri kaku. Bukan kan?








Kita manusia. Yang punya perasaan. Yang punya pilihan. Ya, bukan kita yang memilih kehidupan begini. Kita dilahirkan suci. Tanpa mengetahui sebarang bahaya yang menanti di dunia ini. Yang hanya mengetahui betapa selamatnya berada di dalam rahim si ibu. Tapi kita dididik untuk memilih yang baik. Kita dididik untuk mengetahui beza yang indah dan buruk. Atau yang bersih atau kotor. Betulkan? Apa ada orang yang dah umur 20 tahun tapi makan tikus? Tera nak sumbat makanan basi pun tak sanggup dah inikan pula nak telan tikus pengotor tu. See. Kita mampu memilih. Kita mempunyai pilihan. Sama ada untuk melakukan kebaikan atau kejahatan.







Tapi kenapa? Kenapa manusia sekarang memilih untuk bunuh diri? Dengan menghisap rokok yang hanya menggelapkan lubang jantung. Yang hanya menguningkan gigi yang dahulunya putih bersih. Yang hanya menghitamkan mulut yang dulunya merah merekah. “Ala. Nak bagi hilang stress ambik la benda ni. Sekali hisap confirm hilang punya.” Tu kata mereka. Mereka yang bergelar manusia. Tapi memilih benda yang binatang pun tak ingin. Binatang pun tak suka rokok tau. Buktinya ada harimau bakar sampah? Tak ada kan? Haha.







Semua yang baca post ni ada pilihan. Walau kita nampak semua kelam tapi sebenarnya tidak. Sekelam mana pun kehidupan kita pasti aka nada cahaya yang menyinari. Sekelam mana pun penglihatan kita pasti ada pancaindera lain yang mampu memerhati. Pilihan kita banyak. Cuma yang mengurangkan ia adalah diri kita sendiri. Dan yang mencipta pilihan itu juga merupakan diri kita sendiri. Jangan harapkan orang lain berfikir demi kebaikan diri kita.








Anda punya hati. Gunakan. Tanya jalan ini diredhai atau tidak. Anda punya perasaan. Gunakan. Tanya kalau aku buat benda ni ada orang marah atau benci tak. Anda punya otak. Gunakan. Jangan biar ia bersawang. Anda punya fikiran. Gunakan. Fikir jalan yang terbaik untuk masa hadapan. 







-mimie-

No comments:

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...