Saturday, December 31, 2011

kehilangan yang terakhir



kelihatan rumah yang dahulu suram bersinar terang. cahaya yang menyilau dari kejauhan menunjukkan kehadiran seseorang dirumah itu. rumah yang kali terakhir dilawati pada hari pengebumian arwah tok wan tersayang kini terang kembali.



kaki dijejakkan kedalam rumah yang tak banyak perubahannya. kedudukan kerusi tv dan perabot masih sama tika aku datang untuk menyambut hari raya 2 tahun yang lepas. sayu rasa hati pabila mengenangkan tiada lagi orang yang akan berebut kerusi denganku di sini. sayu juga pabila membayangkan tiada lagi yang keluar ke pekan untuk membeli makanan apabila aku bertandang.




tapi kali ini kedatanganku disambut dengan muka yang sama sekali tidak ku kenali. hanyak muka cik tipah dan juga mak ndak saja yang dapat ku cam. yang lainnya adalah outsider yang tak pernah wujud dalam kotak memori ku kang bewarna merah jambu ini. kata ayah anak menakan sepupunya meninggal. tapi tidak ku kenal pula anak kepada siapa yang telah pergi menyambuat seruan ilahi pada hari terakhir 2011 ini.





setelah siap dimandikan jenazah tersubut lalu diletakkan ditengah rumah. orang-orang yang pakar mula mengapankan jenazah. kemudian tibalah masa untuk ciuman terakhir. orang yang pertama bangu ialah cik tipah. sungguh tak kusangka lelaki yang hensem ini anak tunggal kepada cik tipah. usai mengucup dia yang berdiri tegak sambil mengusap air mata tiba-tiba tumbang. ini bukan drama tapi realiti ya. tumbangan cik tipah menyebabkan berlaku sedikit ' chaos '. tapi nasib baik la spot dia tumbang cantik. betul-betul landing atas tilam.




tepat jam 9 malam jenazah diusung keluar. jenazah wan aku dulu diarak tapi yang ini pula dibawa dengan van. mungkin faktor waktu menyebabkan mereka melakukan begitu. setelah manusia yang tadi berkumpul berpusu-pusu keluar kami pun bertolak pulang.




dari mulut-mulut yang kedengaran, aku terdengar bahawa si dia meninggal akibat kemalangan. patutlah tadi kelihatan luka yang masih merah di dahinya. raut mukanya tampak kaku. tapi wajahnya mampu mengugat iman si wanita. sungguh hensem. aku tumpang simpati kepada kekasih hatinya.  aku juga simpati kepada dunia kerana kehilangan seorang lagi jejak yang berada dalam top list ' kekasih idaman malaya '.




sudah takdirnya begitu apa dapat dilakukan lagi. sambung cerita tentang kemalangan. ada angin yang datang mengkhabarkan bahawa dia kemalangan dengan pembahagi jalan. bukannya dengan kereta atau apa-apa. inilah yang dikata orang sudah masanya. moga rohnya aman di sana. tapi kesian pula ku lihat cik pah yang menangis sayu. tapi apakan daya. Allah lebih sayangkan dia.








p/s : marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. moga rohnya aman disisi Allah.

No comments:

kalau suka blog mimi sila like di sini ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...